Dunia ibarat NERAKA bagi orang mukmin tetapi SYURGA bagi orang kafir

Thursday, August 20, 2009

PERHIMPUNAN PERPADUAN DAN INTEGRASI MURID

PERHIMPUNAN Perpaduan dan Integrasi Murid Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa 2009

Assalamuaikum Malaysia..Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia!!

Alhamdulillah akhirnya sy sleamat sampai di Ipoh setelah hampir smingu berada di johor bharu.. Pada 16 sehingga 20 ogos, seramai hampir 1000 lebih peserta dari seluruh Malaysia dan 28 jemputan antarabangsa hadir ke perhimpunan tersebut. Perhimpunan tersebut turut dikenali sebagai RIMUP(Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan) . Perak diwakili seramai 72 peserta dimana 36 orang lelaki dan 36 peserta perempuan . Apa yg lebih menyeronokkan, kami terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan agama. Selain itu, sebanyak 4 jemputan antarabangsa yang juga merupakan pelajar pertukaran dari Jepun,France dan germany yg menuntuk di skolah Perak turut hadir. Bagi kontingen Perak, kami mengadakan latihan Pusat selama 3 hari 2 malam di Pusat Sukan di Jalan paser Puteh. Latihan tersebut turut dikenali sebagai Pra-RIMUP. Di sini, kami dijaga dan dididik dengan penuh disiplin seperti anak sendiri oleh kesemua guru pengiring PERAK.Mereka ialah TUAN MIOR, EN,AZAM, EN. GUNA,PN. OH, PN HAMIDAH DAN CIK AZILA. Terima Kasih cikgu! dan syabas kami ucapkan atas tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan dengan komited, dedikasi dan cemerlang. ^_^.Melalui pra-RIMUP tersebut, kami juga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat lagi.Hal ini adalah kerana, berbanding dgn negeri lain, hanya Perak yg mengadakan latihan berpusat ini. kerana itulah, hubungan kami sesama Perak lebih erat serta rapat sekali. Sepanjang latihan ini berlangsung, kami diisi dengan kata-kata semangat PERPADUAN dan Semangat 1 Malaysia. Kami sedar, kami akan mewakili negeri masing2 , kerana itu kami benar2 akan melakukan yang terbaik! Jabatan Pelajaran Perak melaburkan kira-kira RM25000 hanya untuk latihan Pusat tersebut. Mereka sememangnya mengharapkan yang terbaik daripada Kontigen Perak!
Pada 14.08.09, iaitu malam sebelum hari bertolak ke Johor, kami sekali lagi duberi penerangan dan kata-kata semangat. Pada malam itu juga, kami diberi t-shirt kontingen, topi Perak serta blazzer pinjaman. Kami begitu terharu kerana Perak sanggup menelan beribu-ribu ringgit untuk kami. Blazzer yg diberi pinjam juga sungguh cantik. Sememangnya, saya berasa sungguh bertuah dapat menjadi anak Perak =). Kami juga diberitahu,hanya Perak yng membekalkan topi serta blazzer. Terima Kasih Perak!!! PERAK GEMILANG!!!

Penerangan diberi sebelum bertolak ke johor b.

Pada 15.08.09, kami bertolak ke Johor seawal tepat jam 10 a.m. Kami bertolak awal sehari sebelum hari sebenar. Perjalanan memakan masa lebih kurang 9jam. Kami sampai tepat pada jam 7 pm di Johor dengan selamat. Kami bermalam di SMK Agama Johor untuk semalam. Di situ, kami turut berjumpa dengan kontingen lain.Kami diberitahu bahawa semangnya Kontingen Perak akan berpisah. Adalah mustahil untuk kami bertemu kerana di sana kami akan dipisahkan mengikut kumpulan masing-masing yang terdiri daripada pelbagai negeri. Oleh itu, kami bergambar bersama2. Kami agak kecewa kerana bagi kami, kami hidup seperti sebuah keluarga.

Maisarah (left) n myself ^_^



Kontinjen Perak - boys-Kontinjen Perak - Girls - Thanks to APAI for this photo!!
AFS STUDENTS FROM PERAK dgn guru pengiring, kasume(japan) Hanna (germanny),Pn Oh, Romain (france), Shiori (Japan) n Mr.Guna.



KONTINJEN PERAK DI SMKA JOHOR bersiap sedia sebelum bertolak ke Pusat KokoGURU PENGIRING PERAK yg sangat sporting dan berdedikasi! dr kiri,Cik Azila, Mr. Guna, En. Azam, Tuan Mior, Pn. Oh, Pn Hamidah.
KUMP. HUSSEIN bergambar =) ,,..carila saya =p Thanks to APAI for this photo!


Dalam lingkungan jam 10 pagi, kami bertolak ke Pusat Kokurikulum di Johor. Di situ, kami bergambar dan diberi kumpulan. Akhirnya, kami dipisahkan mengikut kumpulan masing-masing, dan hotel. Kami menginap di hotel New York dan Tropical Inn. Bagi saya, saya menginap di hotel New York. Jam 2 petang, kami check in. Di New York Hotel, kami diadakan aktiviti ice breaking. Memang seronok! Sekitar 5.30 petang, kami masuk ke hotel.No bilik saya ialah 2134..hehe..saya tertanya-tanya siapakah teman sebilik saya? seronoknye!! dapat sebilik dengan orang yg sudah saya kenal di Pusat Koko iaitu Sarah! Bukan itu sahaja..saya juga mendapat teman sebilik drpd Switzerland! die ialah CARIMA! dia sangat manis dan baik sangat..ada lagi...die kecik je orang nye...cantik dan comel..skali pandang mcm form 4..tp, rupe-rupenye form 6! haha...namenye farhah inani..kitorang panggil kak nanie =) Seronok jmpe diorang!


Sebelah malamnya, kami ke Persada Johor untuk menonton Tayangan Perpaduan. Tayangan ini dirasmikan oleh En. Mohd Fauzi bin Mohd Noor ( Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia ) . Sebuah tontonan patriotik ditayangkan pada jam 9 di Persada Johor. Kemudian, beberapa aktiviti menarik turut diadakan.

Benar-benar mendalam maksud yang ingin disampaikan. Melalui tayangan tersebut kami sedar,tanpa perpaduan . kemerdekaan hanyalah igauan semata-semata. Perpaduan begitu penting bagi pembangunan sesebuah negara, terutama negara seperti Malaysia. Sekitar jam 11.30, kami pulang ke tempat penginapan masing-masing.


Hari Kedua , 17.08.09=

Seawal jam 5 pagi kami dikehendaki bangun . kami bersarapan pada jam 6 pagi di hotel dan bertolak ke pusat kokurikulum dengan bas kumpulan seawal jam 7 pagi. Kami memakai t-shirt seragam yg diberi berwarna kuning. Kami membuat senaman pagi perpaduan, Team Building dan Sukan Rakyat Perpaduan. Memang menyeronokkan! kami mnari tarian Malaysia serta permainan Malaysia!!

thanks MAI for letting me to grab this photo from you!


Stelah habis, kami pulang dan bersiap-siap untuk majlis penting, iaitu Hi Tea DiRaja bersama Tengku Makhkota Johor. Memang begitu mengikut protokol sekali majlis ini. Majlis ini diadakan di Regency Hotel, di mana kami boleh melihat negara Singapura. Majlis tersebut sunggu meriah. Pada majlis ini juga saya bertemu dengan kawan 1 Malaysia!
Tengku Mahkota Johor.. terima kasih MAI untuk gamba nie!




Sebelah malam, pada Majlis Bersama Pemimpin, kami bertemu dengan pemimpin kedua negara iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau membari ucapan yang begtu mendalam sekali dalam mencapai satu Malaysia!


Hari Ketiga, 18.08.09 =
Masa sangat pantas berlalu, kini sudah tiba hari ketiga. Aktiviti pagi dimulakan dengan Senamrobik Perpaduan yang disiarkan secara langsung melalui RTM 1. Senamrobik Perpaduan ini diadakan di Dataran Bandaraya bersama-sama YB Dato Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran 1. Selain para peserta, sekolah-sekolah lain yang turut menyertai Senamrobik Perpaduan ialah SMT Tanjung Puteri, Sekolah Tun Fatimah, SMK Baru Uda, SMT (ERT) Azizah, SMK Taman Pelangi dan SMK (P) Sultan Ibrahim. Sesi fotografi telah diadakan pada akhir aktiviti dan para peserta diberikan minuman Milo secara percuma.


saya dan kawan baik saya di Johor, SARAH!
Kemudian, pada jam 9 pagi,kami bergerak pula ke dua lokasi di Flat Titiwangsa Bandar Baru Uda dan Sekolah Kanak-Kanak Istimewa. Di sini kami membuat Aktiviti Gotong-Royong dan Khidmat Bakti Perpaduan. Di Flat Titiwangsa Bandar Baru Uda, para peserta berkumpul di Dewan Jubli Perak. Para peserta bergotong-royong membersihkan sampah-sampah sekitar flat tersebut. Gotong-royong ini turut dihadiri oleh Tuan Hj. Gunawan Madsom, Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru Zon Uda, En Abdul Aziz bin Redwan, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNJ dan pegawai-pegawai kesihatan.


Manakala di Sekolah Kanak-Kanak Istimewa Jalan Gertak Merah, para peserta bekerjasama membaiki pondok semaian , memulihkan tanah batas perkebunan dan tanaman herba, mengecat dinding bahagian dalam dan luar dewan, memulihkan batas tanaman landskap dan membersihkan peralatan permainan di tapak rekreasi.





Kami akui, biarpun penat, kami berasa sungguh seronok kerana dapat berbakti untuk negara tercinta. Setelah selesai aktiviti, kami pulang sebentar untuk bersiap-siap ke tempat bersejarah bagi aktiviti JEJAK SEJARAH. Bagi kumpulan kami, kami ke Yayasan Warisan Johor. Di situ kami didedahkan mengenai warisan Johor iaitu tidak lain tidak bukan Tarian Zapin.Sungguh menarik sekali tarian dan persembahan yang ditunjukkan. Di akhir majlis, kami dijemput untuk menari di depan.


terima kasih sarah tlg sy!
Pada sebelah malamnya, kami ke MAWAR untuk menghadiri Makan Malam Kerajaan Negeri Johor. Bertempat di Dewan Hayati MAWAR Johor Bahru, suatu majlis makan malam yang gilang gemilang telah diadakan untuk para peserta menikmati hidangan bersama-sama YB Datuk Haji Mauzilan bin Bujang, wakil rasmi YAB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor diiringi oleh YB Dato Ir. Dr Wee Ka Siong. Turut hadir pada majlis makan malam ini ialah Y.Bhg Tuan Haji Sufa'at bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor. Kehadiran tetamu kehormat disambut meriah dengan paluan kompang, bunga manggar dan sirih junjung. Di samping itu, majlis turut menyerikan majlis adalah persembahan Tarian Selamat Datang-Cinta Sayang oleh penari-penari dari Sekolah Seni Johor Bahru.



Hari Keempat, 19.08.09.

Seawal jam 8pagi, kami tiba di Pusat Islam Johor bagi menghadiri SesiCeramah Perpaduan. Ceramah Perpaduan ini menerapkan semangat Perpaduan dan satu Malaysia yang begitu kental dalam kalangan rakyat Malaysia apatah lagi anak-anak muda generasi sekarang. Ceramah yang diberi begitu menarik dan menghiburkan.







Setelah tamat ceramah tersebut, kami bergerak pula ke Universiti Teknologi Malaysia iaitu universiti terbaik di Malaysia. Universiti ini mendapat tempat teratas berbanding dengan universiti lain di Malaysia. Di sini , lawatan ilmiah diadakan. Kami melihat bagaimana sabun diproses. Selain itu, kami diberi penerangan mengenai minyak wangi dan minyak kelapa yang sememangnya mempunyai banyak keistimewaan yang tersendiri.

Penerangan diberi
Proses pembuatan SABUN! heheh



Pada jam 12.45, kami bergerak ke pusat kokurikulum Johor untuk menikmati makan tengahari dan bersolat bagi yang mukmin. Kemudian, kami turut bersembang-sembang dan bergurau senda. Sesungguhnya, pengalaman di Johor memang tidak akan dilupakan.Setelah taklimat diberi, kami bergerak pula ke Persada Johor untuk membuat rumusan dan Raptai Majlis Perasmian Penutup. Di sini, kami diminta duduk di dalam satu kumpulan dan membuat bulatan. Kami diberi kertas untuk membuat rumusan. Setelah itu, penyampaian hadiah diberi kepada setiap kumpulan.Jam 5.30, kami pulang ke tempat penginapan masing-masing. Kami bergerak pantas kerana masa begitu terhad. Jam 6.30 ptg, bas akan bertolak semula ke Persada Johor. Oleh itu, masa 1 jam yang diberi harus diguakan dengan bermanfaat sekali. Kami khuatir kalau-kalau kami ketinggalan. Setibanya di hotel, kami segera bersiap-siap. Kami akan menghadiri sebuah majlis yang sememangnya bergitu menghiburkan iaitu, tidak lain tidak bukan , Malam Apresiasi Seni Perpaduan di Persada Johor. Jam 7, kami tiba di tempatnya. Semua peserta berpakaian begitu anggun dan menawan sekali. Kami memakai pakaian tradisional kami. Yang paling menarik, peserta dari Sabah dan Sarawak memakai pakaian tradisional mereka yang begitu gah sekali. Sungguh menarik! Malam itu sungguh berwarna-warni. Persembahan yang dipersembahkan begitu hebat dan mengagumkan sekali. Gilang-gemilang sungguh.Hebat.Di dalam hati tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga. Alhamdulillah. Kerajaan Malaysia begitu bersungguh-sungguh berusaha dalam mencapai hasrat 1 Malaysia. Saya berasa sungguh bertuah kerana dapat menghadiri program seperti ini. Yang pasti kerajaan Malaysia melaburkan sebanyak RM25.5 juta demi menanam dan menyuburkan lg semangat CINTA MALAYSIA dengan menekankan PERPADUAN yg menjadi TERAS KEJAYAAN.Terima kasih Malaysia!



Biarpun sedih kerana malam ini merupakan malam terakhir kami, kami tetap berasa sungguh puas hati. Setiap peserta melahirkan rasa cinta mereka terhadap negara Malaysia. Kami cinta Malaysia. Tidak kira melayu, cina , mahupun india kami melahirkan rasa cinta yang tidak terhingga kepada Malaysia. Sememangnya kita begitu bertuah. Sungguh bertuah kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dengan agama pelbagai disusuli dengan adat resam dan budaya yang berbagao-bagai. Namun begitu, Malaysia masih mampu berdiri gah di persada dunia. Kerana apa? Asasnya ialah PERPADUAN MALAYSIA. Tidak dinafikan , 1 Malaysia yang dilaung-laungkan sememangnya cukup ajaib untuk memperkukuh lagi ikatan Malaysia. Dengan 1 Malaysia, kita hidup bersama-sama, kita sedar, perpaduan sungguh penting bagi menjamin masa depan Malaysia. 1 Malaysia menyedarkan kita, kita hidup dalam sebuah keluarga Malaysia, susah senang, kita hadapi bersama. Bersatu gagah bercerai rebah! Ingat, Satu Malaysia benteng negara!Satu Malaysia untuk semua1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN! Kami anak Malaysia! !
Hari Kelima (terakhir), 20 0gos 2009.

Hari ini, kami diarahkan supaya bangun pada jam 4 a.m. Segala persiapan pulang sudah disiapkan pada malam terakhir. Kami diarahkan berbuat demikian supaya pada paginya, tidak akan berlaku kekelam kabutan. Tetapi, kerana terlalu letih, kami terlanjur tidur sehingga jam 5! Begitu menggelikan hati. Kami sebilik terlewat bangun. Kami dikejutkan oleh jiran sebelah! tidak! terlewat! alhamdulillah, sempat juga kami siap. jam 5.30, kami turun. Selamat tinggal bilik 2134. Tidak seperti hari-hari biasa, kami terpaksa turun mengikut lif kerana beg yang berat. Sememangnya, hampir setiap hari, kami terpaksa turun mengikut tangga daripada tingkat 21 ke ground floor (G). Hal ini sedemikian adalah kerana lif sentiasa penuh. Malangnya, lif sentiasa penuh. Kami menggunakan lif kargo. Tiba-tiba, lif tersebut tersangkut pada tingkat 18.Bom! dari 21-18. Lif tersangkut disitu. Di dalam hati, saya redha dengan apa yang bakal berlaku. Kami terperangkap. ALhamdulillah beberapa minit kemudian, pintu lif dibuka. Segera kami keluar. Memang sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan!


Jam 7 a.m, bas bergerak ke Persada Johor. Di situ semua kumpulan berkumpul dengan kumpulan masing. Sedih sekali pagi itu. Kami begitu berat hati sekali untuk berpisah. Perpisahan diiringi dengan air mata . Kami sudah merasakan seperti sebuah keluarga. Kami sayang antara satu sama lain. Terima kasih Malaysia kerana program yang dianjurkan begitu hebat serta menarik sekali. Tahniah. Perhimpunan Perpaduan dan Integrasi Murid peringkat kebangsaan ini berjaya menyampaikan matlamat dan visi program RIMUP ini. Kini, kami faham konsep 1 Malaysia. Cinta kami kepada Malaysia begitu utuh.Tetap bersama dalam menempuh dugaan dan cabaran! Setelah hampir 1 jam kami meluahkan perasaan dan bergambar sepuas hati kami, kami dijemput makan dalam sebuah Majlis Perasmian Penutup dengan tetamu kehormatnya, Tan Sri KPPM. Kami dipersembahkan dengan persembahan menarik, dan makanan yang begitu menyelerakan sekali. Selain itu, pada majlis ini, penyampaian sijil untuk setiap negeri turut dilancarkan. Kami begitu terharu. Kami diberitahu bahawa sijil yang dianugerahkan adalah sijil peringkat ANTARABANGSA. Alhamdulillah,syukur sungguh.


Kmi berpeluk erat sebelum berpisah
My good friends! frm left (back), zhan sheng (kl), amir (tggnu),Thinnesh(putrajaya) n Yeow Meng (kedah). frm left(front) , me n dibah (n9). In fact, everyone in N is my good friends,I miss all of you so much...I won't forget every single moment that we've gone through together!
group N is the best!





kak nanie!Heroes of N!! yeah!! hahah!
princessES of N! haha! shhh!!
yayy!!!


she's mine!!
Majlis Perasmian Penutup RIMUP

Makan Thinnesh jgn tak makan! Awak tu dah la kurus..dah tu makan lak sikit! heheh! jgn marah!!



Kumpulan N bersama buat kali terakhir.
heyy!

Kami bertolak ke Pusat Koko untuk bergerak ke kontigen masing-masing. Sungguh pastas masa berlalu. Berat sungguh hati untuk berpisah. Kepada smue kump N jangan lupa kn kite ok..tepuk..tepuk..tepuk yi sang!tepuk 1 malaysia! sayang you all..i won't 4 get u..!


my roomates..: Sarah (Kedah) n Carima (switzerland) . Sarahseorang yang sangat baik..hatinya sangat mulia..sarah maafkan sy kalau2 saya lukakan ht awk..smoga berjaya dlm apa yg awk lakukan,,.sayang awak..sy brsyukur dpt jmpe dgn kawan mcm awk..tq ats nasihat2 yg awak bg..insyaAllah sy akan cube paraktikkan okey :) ..Carima pula dr switzerland..pelajar AFS ( American Field Students). Pelajar Pertukaran. Dia paling baik antara smue AFS..die tak banyak songeng mcm yang lain..dia sangat cantik,lemah lembut..comel..i love her so much,,.seronok dapat teman sebilik mcm diorang..diorang hebat!


e'eh,,,,jngan lupe..dan takkan lupa pun! Kak Nanie!!! die form 6..lower 6..she's my roomate too,.die baik sangat! ramah, penyayang..dr Pahang! rindu diorang..take care k..jg diri bebaik..insyaAllah ada rezeki kite jmpe k..amin,!

Akhirnya jam 2 ptg, kami sampai di pusat Koko..Kami berkumpul dengan kontigen masing-masing..

Seronok dapat pelbagai pengalaman dan berjumpa dengan pelbagai rakan-rakan drpd pelbgai negeri..dan, apa yang paling menyeronokkan., kami sungguh gembira kerana kami akhirnya benar-benar mengerti 1 Malaysia dan yang paling penting, kami gembira dapat hidup dalam 1 Malaysia! Kami sayang Malaysia! Apa yang saya harapkan juga,jangan sesekali kita salah faham mengenai konsep 1 Malaysia.Kelak rugilah kita =)
Jam 3 ptg, kami bertolak pulang. Bagi Perak, kami selamat sampai pada jam 11 pm..alhamdulillah,.RIMUP merupakan pengalaman berharga yang tak mungkin dapat dibayar.Malaysia begitu besar jasamu..terima kasih kerajaan kerana menyediakan program sehebat ini tanpa memnta sebarang bayaran pun.Sememangnya tidak salah kita memilih KERAJAAN 1 MALAYSIA kerana mampu menyediakan program sehebat ini dan berjaya menyampaikan mesejnya tersendiri.Syabas!

Kepada semua peserta RIMUP 2009 DI J.B, semoga apa yang kita dapat menerusi kem ini, akan terus dijadikan pedoman dan panduan dalam menuju puncak perpaduan.Kepada semua rakyat Malaysia, jadikanPerpaduan sebagai kenderaan yang memandu kita ke destinasi kejayaan yang gemilang.Saya berharap kita dapat berjumpa lagi..=) group N ! jaga diri bebaik! harap jgn putus hubungan! Bukan N sahaja, malahaN semua peserta RIMUP ! RIMUP 09 BEST!! 
p/s: Alhamdulillah.Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca. Andai ada silap dan salah, seribu kemaafan drpd saya, bak kata pepatah,saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan. ^_^Kalau rajin, pls leave at least a comment for this post! thanks a lot!
Nurul Amirah binti Mior Hasim,
Peserta RIMUP 09

Okay tak? Kalau okay, tekanlah button 'LIKE' yea :) Terima kasih sudi membaca ^_^