Dunia ibarat NERAKA bagi orang mukmin tetapi SYURGA bagi orang kafir

Jum tengok2 ^_^

Sunday, December 27, 2009

KAMI SAHABAT =D


Fiqah & Mirah
Hehe , tak terfikir langsung idea pasal nie , tp bila dicadangkan oleh Fiqah , ehh, betul jugak kan ? hehe ~ Sebenarnya fiqah n I da kawan lama sangat since kami tahun 4 . Kami berjiran dulu, tadika dan bermain setiap hari ! Haha, pernah mandi same2 lagi, tak terkira la . Hmmh , rindu gile time kecik2 . Dia la satu-satunye sahabat karib pertama amirah =) . Tapi, waktu ktorang darjah 2, Fiqah pun pindah ke Kg.Rapat . Sedih sangat sangat time tu kan, Fiqah.. Hehe , apa2 pun, kawan tetap kawan ! Biarpun berlainan tempat, ktorang still lagi sahabat and even more close ! :-) . Inila gamba2 yang saya jumpa dalam album dulu , excited sangat nk cari bila Fiqah suruh masukkn gmba2 mse kcik dalam blog ! haha ! hmmh , banyak gile perbezaan, saya buruk gile..hehe, mcm hantu .. ! Fiqah..emm, hehe... rambut macam cendawan jea dulu, kawan2 tadika pun ckp mcm tu, kan Fiqah kan ?hehe~ tp sekarang, die jauh lebih cannntiikkkk daripada dulu tw!

 Hehe~ tengokla gamba2 yg dikorek dr album lama, =D
~Waktu nie, kami 6 thun, buat performance~





Haha! Kat rumah saya =)
Sekarang, rumah pun da jauh berubah, lamanya~
  
Dr kecik sampai skrg study sama2 lg =) Study Group =P Waktu ni, lawak, papan putih kecik gantung kat pintu bilik mama , ktorang ada cikgu tau, cikgunya ialah MAMA saya ! hehe ~

Sekarang da besar da =) perbezaan pun sangat ketara, hehe =) ~


Kami sangat berharap semoga persahabatan kami kekal selamanya .  Amin ! Amin !I love you FIQAH ! Muuaahhx ! Sama2 kita doakan agar setiap persahabatan kita semua yang terjalin di dunia ini kekal  =) Apa2 pun , paling penting, jangan lupakan antara satu sama lain ,INGAT! ;

  • Saling Membantu


  • Saling Memahami


  • Saling Mempercayai


merupakan RAMUAN UTAMA untuk :
!~SAHABAT SELAMANYA~!

Amin :) Terima kasih sudi baca ! hehe, mmuah !
.WASSALAM.

Okay tak? Kalau okay, tekanlah button 'LIKE' yea :) Terima kasih sudi membaca ^_^

Friday, December 25, 2009

AYAH operate daa..& Congrats Cmah! =D

Salam =D

Okey, huhu . Emm, pd 24.12 hr Khamis , ayahku msuk hospital untuk buang bisul di punggungnye. huhu. Yelah, benda tu ada sbb ayah suka makan pedas masa mude2 ! sekarang pun masih lagi laa, tp da jarang sbb asal makan pedas je, msti sakit kt punggung. So, pada hr ni ayah amik keputusan untuk buang penderitaan tersebut XD =D -!  Lps solat subuh, kul 6.30 ktorang btolak dr rumah . HoHo ! Nak tau tak, the whole family pegi, kecual AIMAN jea. sbb dia ta mau eKot .. Waduh , kami plg awl ! haha ! nurse pun bru 3 je yg datang,. N then, waktu registration kan, adala mamat NEPAL 2 orang, hmm, die makan buah pinang je, itupun Nurse tu nk jerit2 kat dorang, SIAN dia..hmm =( tak patut~!!
Berpandukan kualiti kerja dorang yang ditampal dalam FRAME kt dinding ckp., diorang mengamalkan sikap penyayang..tp, ? hummh.. PENYAYANG la sangat.
Cume. mk sedara saya yg keje d ctu sbg doktor, BAIK tau ! lembut jea ! hehe~! =D
okayy.. , nah = ~~
awal gle ! haha =D
ayah la~ =)

Okay, nie tgh tgk2 gmba ngn Azam, kena candid pulak~~..~~
Dalam kul 9.45 ayah pun masuk ke dewan bedah. Siap lambai tangan kt ktorang lg. Haha ! Lps ayah masuk dewan bedah, Cmah, mama n nisah g skola sbb nk ambil pmr result Cmah . While waiting, saya bc novel dn azam tgk cter kartun , Org Nepal asyik tgk sy jea. Xpelah, asalkan die bahagia . Boring gile !
A few hours later ..
Mama , nisah n Cmah pun balik ..
n..
CONGRATULATIONS CMAH ! Alhamdulillah , die dapat straight As . Syukur sangat~!!
 Dalam kul 12 lebih ayah da hbis pmbedahan . 30 minit kmudian, kami msuk tgk ayah, cmah bawak slip tunjuk ayah, hmm. Nak tau, Ayah nangis sbb terharu . Lg2, sbb due2 anak die yg ambil exam penting dapat straight As. Azam,Upsr = 5 A . Cmah.PMR = 8A . Sy thun lepas pun sme jgk . Sbb terlalu bersyukur, ayah menitiskan air matanya. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat kepada Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. =)
Syukur ! ! !
Okey , nk tau tak, ada seorang budak yang sihat walafiat nie, teringin duk hospital kut , Mane taknye, mentang2la katil sebelah ayah kosong, die pun wat keje gile kat ctu . Nak tgk tak ? nah ~!!
mcm org tak betul kan ? tp itula hakikatnye .
Haha ! Aduii, okeyh , dalam kul 1 lebih , ktorang turun kafeteria tuk lunch dn akhirnye solat zuhur . Ble naik atas , tengok tv jp,kemudian ayah lang dan abang Irfan datang melawat ayah. Tq tau ! =D lps bbpe minit, kemudian,... zzzzzzzzz pada jam 3.50 sampai 4.30 . Haha ! ngntuk dan letih dong ~! =)
Bile bangun jea, ayah da siap da nak balik . Okay, ayah di discharge pada hari tu jugak ! alhamdulillah ! =D

OKEY. ITU JEA.. HEHE~ WASSAALAM =D

Okay tak? Kalau okay, tekanlah button 'LIKE' yea :) Terima kasih sudi membaca ^_^

Saturday, December 19, 2009

RINDU CUTI-CUTI MALAYSIA!

Salam =D

!CraZy PhOtO of my FAmiLY!
Hmmh, lbh kurang 3 minggu, skolah nak bukak dah. Batch kami akan mengambil giliran SPM bg thun 2010 pulak.. hmmh, aduhh.. bosannya cuti2 nie, tak de g bercuti pun :-( . Waktu niela teringat waktu bercuti di Sabah SEBULAN yang lepas! How fast time flies... hmmh..
SAYA MAHUKAN 
CUTI-CUTI MALAYSIA . SAYA NAK BERCUTI DI PANTAI BERTEMANKAN ANGIN YANG LEMBUT DAN AIR LAUT YANG MEMBIRU!
Dalam diam2 kebusanan, terkenang daku padamu SABAH.. Maukan CUTI2 ! Gambar2 nie la yang jd pengubat rinduku pada CUTI2 MALAYSIA yang INDAH NIAN.



.

tugu paling kukuh kat sana


Tak pe, tahun depan , buat SPM leklok, n then, amik lesen , bawak kereta, enjoy dengan friends! huhu. =DD
 To those yang dpt bercuti2 Malaysia spanjang musim cuti nie, bersyukurlah anda! =) .Siapa yang bakal pergi holiday juga, enjoy ur holidays yea! Berhati2 di Jalan raya... okey, tata! Wassalam =)

Okay tak? Kalau okay, tekanlah button 'LIKE' yea :) Terima kasih sudi membaca ^_^

Friday, December 18, 2009

KhaMisKu yang GUMBIRA =D

!NYAMAN HATI DAN MINDAKU!


Waktu petang habis tusyen kul 4.20 petang . Sampai rumah, tengok Tv9..huhu..tetiba kilat memancar sana sini.. TV pun terpaksa ditutup ! dalam kul 5.30 aku solat asar jp  =)Lps selesai, tengah syok2 msg ngn kazen n a fren, mak cik yuli datang kt tingkap ku.. sembang2 jap .N then ntah kenapa..aku ajak dia jalan2 g taman nk tengok adik2 ku main la kononnya.

Sambil bawak phone, aku pun jln2 mengirup udara yang sangat nyaman+segar+sejuk! huhh! alhamdulillah! nikmat hujan kan... =) . Sampai sana jea, mulanya ingatkan nk tengok dr luar pagar jea.. Tapi keseoronokan kanak2 mengimbau kembali pengalaman ku semasa kecil2 yang gemar sekali bergumbira bersama teman sepermainan.. Hmm, rindunya :-) . Perkara itu menyebabkan aku tertarik untuk menyertai dorang . N then, ada ke patut diorang ajak sy yg TUE ni main kejar2 ngn diorang.. Haha! malu jugak, tp main jugak walaupun tak sampai 5 minit main, saya berhenti, sbb MALU LAA! haha! Pekerja kilang Carsem yg da hbis kerja tengok jea saya..huhh!

Dalam kul 6.40 , saya dan mak cik yuli mengajak mereka pulang.. Tapi dorang degil!! ugut saya supaya main lg bru la dorang akan balik.. Saya tunggula smpai 6.50 sbb nk maghrib dah! dorang still tak mau balik. Bila saya pura2 jawab panggilan daripada mama, brula dorang ikut jgk.Alhamdulillah. Waktu tu mak cik yuli dah balik dah. Dia tak mau tunggu lama2 la katakan. Dorang pun amik basikal dan beransur pulang...tp..SAYA DITINGGALKAN sendiri sbb TERPAKSA JALAN KAKI. Heeihh! geram! geram!! dalam perjalanan aku asyik merungut sendirian!

!DIA DAH SIHAT!

Yes! da nk sampai... Tgk2 , eh! Mak cik Yuli ada kat rumah Mak Cik Lela.. Dia panggil aku! alammakk, segannya!! Mak cik Lela dan Ibu Yuni tersenyum ceria.. Amboi Mak Cik Lela, gembira dan ceria bukan main! Syukurlah! Kemudian,  Mak Cik Lela panggil anak dia... Dia berjalan perlahan2 keluar..Kasihan sgt nampak...Eh, btul ke? haha! e'eh.,org tu da balik laa .. alhamdulillah, dah sihat nampaknya, syukurlah,  walaupun nampak begitu berlainann dengan dirinya yang sebenar drpd dulu. Dia nampak terlalu kurruus.. Kasihan.. Aku benar2 simpati melihat keadaan itu.Kalau tak silap, sepatutnya die dah habis dah SPM, tp disebabkan oleh ada PENUNGGANG MOTO YG X BETANGGUNGJAWAB yang melanggar LARI die, telah menyebabkan tpaksa terlantar di hospital selama 2 bulan lebih. Hmm, sabar yeh..setiap dugaan dan cabaran , ada 1001 kemanisan yang amat cantik =).

EMAS MILIK KITA ( 1MALAYSIA)
SEA GAMES 25! 

Lepas bersembang2 selama hampir 15 minit, kami beransur pulang, sampai rumah, lepas mandi dan bersolat, aku keluar ke ruang tamu nk tgk NUR KASIH, tp kat depan,,. satu family conquer tv! huhhh! dorang tgk BOLA! aku pergi bilik mak aku, pasang tv3, huhh! hampeh..bola jugak! boring2!

Tp tengok my mom yang tk penah tgk bola, melompat2 kat depan tv, aku pun JOIN jelaa., eh eh, best pulak!    Alhamdulillah!! goal! Malaysia 1-0!! aku doa dan doa dan berdoa agar Malaysia memperoleh kemenangan! Alhamdulillah, setelah 20 tahun, akhirnya EMAS milik KITA JUA , =D

SALAM MAAL HIJRAH n HAPPY BDAY!

Alrite, saya tau, msti tak de sapa yang akan baca benda boring niey.. hehe~~ Sbnarnya tgh tunggu Maghrib niey! tak tau nk wat pe gile nie...boring lahh... oh yea..HAPPY BDAY TO * TSUNAYOSHI SAWADA* Semoga panjang umur dan murah rezeki yea =D Saya suka kawan ngn awk, sbb awak baik sangat =)  JANGAN susah hati =((, Happy selalu tau ^o^ . mcm nie XD~!! .hehe!
                                                                      ...DAN....
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH!! Semoga tahun baru kita ini lebih banyak kejayaan positif yang gemilang baik dari segi ZAHIR mahupun BATIN . Wassalam =)

Okay tak? Kalau okay, tekanlah button 'LIKE' yea :) Terima kasih sudi membaca ^_^

Sunday, December 13, 2009

UNFORGETTABLE MEMORIES..

 *Kak Farah,Afif dan Faiz turut menghadiri reunion tersebut. Diorang balik awal ^.^

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia =)
Okeyh, nak dengar cerita lawak tak? haha! let's begin . Pada hri Sabtu bersamaan 12.12.09, seramai 72 peserta kontijen Perak dijemput bagi menghadiri reunion yg akan diadakan di JAYA JUSCO Kinta City ipoh. Pada jam 11 lebih, saya dan maisarah tiba di sana. Sampai2, 3 orang tengah makan di KFC.. Tapi ktorang tunggu kat dpn Sushi King jea! haha! segan laa tetiba datang kat ctu, hmmh.. okey, sambung cerita.,
Pada jam 12 ktorang berkumpul di depan Sushi King (tempat saya dan maisarah tunggu jap la )haha! Nak tau berapa peserta yang dah ada waktu tu? Perrh,, sangat2 la rammaii!!! 72-65 orang..cube kira..hehe..7 orang jee! huhh...

Tunggu dan tunggu.. Yang bestnye, budak yang beria-ria sangat nk buat benda niey, budak yang suruh sy pilih tarikh dan hari dan sebagainya, yang cakap mmg ramai dalam kontek die datang,
.......................................DIA TIDAK MENGHADIRI REUNION TERSEBUT.......................................
yea, seorang budak lelaki berbangsa India, puas kitorang call dia tp tak angkat, sms apatah lagi.. mmg geram jugaklah. Ntah apa2 la die tuwh! Padahal sampai hantar surat melalui  budak sekolah kepd saya untuk tanya pasal REUNION sbb sy tak reply msg die,.huhh., Tp tengok, die mana ada tunjuk batang hidung..aduui..Kalau ye pun ada masalah, bglah tau..kami faham la encik ______ .

Las2 nyea ada sorang lagi datang,budak perempuan ^_^ ..Overall, 3 gadis yg manis (ahah!perasan) , dan 5 jejaka yang tampan (heheh..). Terima kasih kerana sudi datang! Sayang dan rindu korang sangat! Mereka ialah Abg HAFIZ (ketua kontijen) , Abg Shah, Syed , AFIF a.k.a APAI @ timun , FAIZ, Kak FARAH , MAISARAH dan paling penting,,hehe~~ myself!! Amirah =D

First thing kami buat : 1. Makan2!!
                                 2. Tengok Santau! tak seram., banyak terkejut ..huhh..diorang cakap jd lawak komedi
                                 3.Main bowling, maisarah n I tengok jea.. Abg Hafiz menang! haha!
                                 4.N then, this is the best part!! Abg Hafiz belanja makan =) , Syed belanja minum! thank you guys! smoga murah rezeki! hmmh..dalam bnyk2 aktiviti td, yang niey paling best..SEMBANG2!
Haha! memang lawak gila2 la waktu nieyh. Sembang macam2. pasal kerja dorang la, tawaran u la, exam la.. pasal wktu rimup dlu..hmmh..mmg best =)  . Yng best, ktorang cadang nk buat reunion di PULAU PANGKOR tahun depan! yeayy! insyaAllah =D



Waktu nk balik, kami bergambar2..lawak pun ada..adooi..nk pecah perot dibuatnya!! huhhh!!!Kemudian, kami pun bersuraii..hmmh,. rindu la pulak time reunion..tp RIMUP lg best!! rindu gila ! ^o^ .

OKEY GUYS,,. Kalau ada rezeki dan umur panjang, tahun depan insyaAllah, kita jumpa lagi yea.. rindu semuanya!Jaga diri bebaik yea :-D . Wassalam.
                                          

Okay tak? Kalau okay, tekanlah button 'LIKE' yea :) Terima kasih sudi membaca ^_^

Saturday, December 12, 2009

Fiqah..Fiqah =)

Hmmh, cuti sekola ni, banyak luangkan masa ngan fiqah@Chipanzee@hamster! hehe~~ tusyen naik bus, mkn McD bpe kali , shopping, dan plg best study kat rumah die.. :-)

Hari khamis pepagi lg da datang rumah die., kul 8 am.., mesti tebus balik kesalahan hr rbu sbb dtg lambat!! hehe~ hr ni tidur rumah peeqah! 1 malam jea.. sbb sabtu ada hal pasal reunion,hehe! Kami study , pstu g shopping bli sluar..hehe,kejap je., pastu ktorang g mkn d McD lg! haha! n then tusyen..tp..arhh.. sakit pinggang!! hehe~~ Fiqah tau ape sbbnyea kan??  :-D

Petang tu, mcm biasa, baLik naik bas sama2, pastu main basikal ngan fiqah! hehe~ tp tak lama, sbb pastu hujan.. hmmh..

okeyyhh..dipendekkan ceritanya..start study dalam 8 lebih, hehe~~ memula CHEMISTRY . Huhh.. Peningla.. tak sukanya chemistry..asyik giv up jea., tp bila giv up, ktorang bayangkan ada logo "SPM 2010"!!! BEsar2 kat depan ktorang!! huhh! trus bersemangat! adooii, lawak tol! Kemudian, ktorang buat add maths sikiiit,.. N then buat Akaun!! sampai kul 2 a.m..
TAK PERNAH ooo STUDY sampai jam 2.A.M dengan KAWAN! haha! best gilee! Kemudian, saya tgh tunggu die habis lejar, sy tetido plak.. Dia tnampak saya tetidur, pastu die ajak saya g tidur.. Tp ktorang tdur jam 3 sbb tgk tv dlu! huhu! mcm2..

Hmmh,,.esoknyea, kami sambung buat akaun plak..Alhamdulillah! at last, balance jgk!! First time buat balance dengan kawan ! hehe~

Kemudian, pegi shopping jap , n then bila balik jam 12, ktorang makan dn g tusyen pada jam 2 petang =D .

THE conclusion here is : 1. Study sesama mmg best ^.^
                                      2. Mcm2 kenangan dan lawak kami cipta!
                                     3. Ktorang dapat panggilan nama yang pelik! Saya sniri, dapat nama MICE . Afiqah pulak nak nama HAMSTER . Tp dia cakap kawan dia ada orang panggil chipanzee.. Oleh sebab itu, saya memanggilnyea : CHIPANZEE OREN! hehe~~ padan muka! ohh..dropkan mirah lagi yea!! hehe~~
gurau2 yea sayang ^_^ . I.L.YOU dear!! Friends Forever n Ever..amin! mmuahh! Terima kasih ^.^ Wassalam =D

Okay tak? Kalau okay, tekanlah button 'LIKE' yea :) Terima kasih sudi membaca ^_^

Monday, December 7, 2009

Ewah Ewah Detective Conan! =D

Salam 1 Malaysia =) .
^o^~DETECTIVE CONANku!
Hmm, cuti skolah nieh, slalunya kalau pukul 10.30 mmg dah lekat kat depan tv sampai kul 12 sbb kn tgk Conan! haha :-D . Best woo cerita tuuh. Favourite anime tu. hehe~
K E m u D I a n ,

^o^~EWAH-EWAH!
Perrh, memula ingatkn rancangan tu mcm biasa2 je, bila dah tengok banyak kali jd lekat pulak .Lawak gileee laa! Gabungan Nabil ngn Kak Engku memang menjadi =D . Sy suka game (APA?) haha! lawak gila laa.. best sangat =) Tp tak berapa suka penari-penari gedik diorang. Especially yang perempuan berambut kerinting panjang mengerbang gila. Over gile la perempuan tu atas pentas. Apa2 pun Ewah2 ngn CONAN best!

Okay tak? Kalau okay, tekanlah button 'LIKE' yea :) Terima kasih sudi membaca ^_^

I'M A LIBRARIAN =p

As a librarian I will have to complete my holiday duty during this holiday . This is the part that I don't like the most . I reached there arround 2.45 . I started my duty by RE-wrapping those old books . For your information, most of them are about 60 years and yet there's still another books that is much older than those which are still being kept by us. While I was buzy wrapping those books , I mumbled to myself and wondering "why are we keeping these old books? the reality is that no one is gonnna borrow those books . Imagine, the papers are all in yellowish and brownish + the smell? haha! " Tp saya fahm, those books are still being kept as a warisan :) . That is why our library is so special about :-) . Alrite. we'll stop here first okay =D See ya! Wassalam.

Okay tak? Kalau okay, tekanlah button 'LIKE' yea :) Terima kasih sudi membaca ^_^

Sunday, December 6, 2009

CUN SAJA - SLEEQ!


Haha! Have you ever heard about SLEEQ? have you listened to this song? if you haven't then you should try :-) . Jatuh cinta dgn lgu ni waktu dalam kereta .
=P~~ Suara dgn voice dorang best =) .Relaxx jea :)
=P~~ Rentak die relaxx jea :-P
=P~~ Penyanyi lagu ni ialah Sleeq . Diorang drpd Singapore . Ada dua orang saja penyayi dia .
=P~~ Dan paling best , diorang handsome dgn comel, hahah! okeyy.. enjoy the song okeyy ;-)
=P~~ Their Facebook: http://www.facebook.com/pages/Sleeq/98238978438

Okay tak? Kalau okay, tekanlah button 'LIKE' yea :) Terima kasih sudi membaca ^_^

Friday, December 4, 2009

THE WEIRD STRANGER IN OLD TOWN -_-

Assalammualaikum kawan2 =D Skrg sy nk  crite mengenai pengalaman di Pekan jugak, tp bukan pasal bas dah..hehe, alhamdulillah kami dah boleh berdikari naik bas mcm biasa =) hehe~
Hahah! adui, that stranger makes us ( AFIQAH n I ) scared . Ceritanya bermula mcm nie :
Saya tak ingat la pulak dialogue die mcm mne , tp lbh kurang mcm nie la :
Waktu : 1.50 p.m
Stranger : Awak, yg RM5.95 tu smapai kul bpe eh? skrg ada lg ke?
hmm... mmg pelik ,terang2 nk kt kul 2 die leh tnye lg ada ke tak. Ktorang pun cakap ye je la.. Ada, smpai kul 3 p.m . Pastu kan die leh tnye lg mcm mana nk order. Ktorang ni , kalau benda hal kecik mcm tu, mmg tkkan layan, tp muke die punyela sian gilee!
Muka stranger tu blurr pulak, kalau tak tolong rasa diri ini kejam lak. Die pun mintak kami tolong orderkan untuk die pulek..adooii sabo jela! Tp kan, serious, blurr gila muka dia tuh, macam,, hehe [ Rusa masuk kampung] . Dia tu, percayakan sangat ngn kitorang, lepas bg RM10 , trus blah keluar sembang2 ngan sape ntah. Bile hmpir turn ktorang lbh kurang 5 mnit kmudian, mamat pelek tu masuk smula. Dah lah pakai cakap je umur ktorang 18 tahun . Ble ktorang cakap 16, punyela tejekut die.. die kate dah besar! huhhh.. takpe2 bleh diterima lagi sbb ramai yang berkata sebegitu pun. dimaafkan :-) Korang nk tau tak umur die berapa? namanya apa? hehehh.. umurnye 22, bernama Faizal.. Yang lawak waktu nieh, die tanyala nama saya siapa, saya pun cepat2 cakap yang nama saya dan dia ialah NURUL! hahah! NURUL jee! Pendekkan crite , die amikkan tempat duk kitorang ,. tp meja lain2 la,..sblh2! isyhh! ..
Wktu ktorang gilir2 nk bsuh tngn , die tanya number fon pulak,, tp saya cakap TAK DE HANDPHONE.. yang lawaknye die percaya! hahah! jahatnye saya ..
pastu die tanya sy nk knal lebih rapat leh tak, die tanya nk kluar ari sbtu ni leh tak?ahad?isnin? saya bg alasan mcm2, dn die terima..hahah..hmm..peliklah die tuhh..
Kemudian, sblm kami balik, dia ckp nk belanja kami makan di ctu hr rabu nie waktu yang sama.. Kami okey je, tp sian..1000 skali sian sbb, ktorang tipu je~~ hahah!! nnt die tunggu je kat ctu sorang2, sape yang nk gantikan kami silakanlah yea., dapat makan free lagi tuh..heheh~~ Faizal, faizal.. nasib engkau lah berkenalan dengan orang yang kau kata baik nieh.

Pastu die nk jgk number fon, kitorang pun bg la sumone punye .. hehehh~ nk tau sape pnye?? hahha! rahsia..kalau nk tau..., ikhtiarla sniri okeyy =P

Yang lawak nye, die tu asyik sangat sembang ngn kami, tp kami tak bpe layan pun, die nk cicah kentang die kat sos tp cicah kat dulang, hahah! merepek, pastu boleh ada lalat lg kat burger die =P .. tolonggla!
Yang agak memalukan, ramai mata yang memandang serong kat kami =(
malu jugak.. hmmmh .
PERINGATAN! JANGAN LAYAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI. ANDA PASTI MENYESAL. ORANG SEKARANG BUKAN BOLEH DIPERCAYAKAN SANGAT!

okey..stakat tu saje.. Maaf dipinta yea sbb saya tahu apa yang saya tulis nie bosan, =) Sengaja saya mencoretkan kisah merepek nie disini, kerana bagi saya blog merupakan diari penting ringkas saya :) apa yang penting dlm khidupan sy, akan saya coretkan di sini.Pd saya, cerita pekan merupakan cerita sebagai kenangan hidup saya dan juga AFIQAH   ;-D
~~~~~~~~~~~~~~~wassalam~~~~~~~~~~~~~~~~

Okay tak? Kalau okay, tekanlah button 'LIKE' yea :) Terima kasih sudi membaca ^_^

Monday, November 30, 2009

JELAJAH DUNIA NUR KASIH, APA YANG SANGGUP DIKORBANKAN DEMI CINTA?




Salam =) , haha.. sekadar luahan mengenai drama nur kasih, tak tau nk tulis ape.. boring nie.. hehe~
Hmm.. Di sini saje saya nk , mencoretkan sedikit mengenai drama Nur Kasih yang sememangnya menjadi kegilaaan ramai penonton bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di Singapura mahupun Brunei. Saya ada terbaca bahawa penonton yang menonton Nur Kasih telahpun mencecah kepada 28 juta penonton. Amboih! bukan main hebat lagi. Saya juga merupakan antaranya. Saya tak nafikan, saya akui bahawa saya tidak meminati drama Melayu kerana menganggap drama Melayu merupakan drama yang sangat membosankan dan sangat biasa2 saja. Oleh kerana tanggapan sebegini, saya tidak pun mengikuti drama Nur Kasih daripada episod pertamanya sehiggalah ke episod berapa, barulah saya mula menontonnya. Itu pun secara tidak sengaja kerana saya sangat hairan , bahawa kebanyakan rakan2 saya asyik menyebut mengenai drama ini, begitu juga dengan adik2 saya. Oleh itu saya mencuba untuk menonton dari jam 9 ke jam 10. Amboih.. saya jd jatuh cinta dengan drama ini, sungguh menarik. Semenjak itu, saya lah yang akan menguasai medan telivisyen pada hr Jumaat jam 9pm-10 pm dan kini selasa-jumaat . Kalah adik2 saya! sehinggakan selalu diusik oleh ayah! haha! aduhhai.. NUR KASIH, NUR KASIH .

Persoalannya di sini, bagaimana drama NUR KASIH boleh menjadi kegilaan ramai penonton? Dan mengapa tidak drama melayu lain? Pada pendapat saya, drama ini begitu kaya dan sarat dengan mesej yang begitu bernas. Drama ini menunjukkan kehidupan sebenar masyarakan melayu dan Islam itu sendiri. Suasana persekitaran kehidupan yang kaya dengan unsur semula jadi benar2 berjaya memikat hati 28 juta penonton keseluruhannya. Hal ini ditambah pula dengan barisan pelakon yang tidak dapat dinafikan masih baru dan tidaklah begitu dikenali tetapi berjaya membawa watak yang diamanahkan dengan begitu cemerlang sekali sememangnya berjaya menawan hati para penonton. Lakonan mereka begitu bersahaja dan meninggalkan kesan yang begitu mendalam.

Sebagai contoh, Nur Amina merupakan watak yang sangat solehah bukan sahaja sebagai seorang anak, bahkan juga sebagai seorang isteri. Beliau rela dimadukan dengan hati yang ikhlas demi kasihnya terhadap Islam. Kesabaran dan kesetiaan beliau menguatkan lagi cinta Adam. Watak Adam yang dahulunya merupakan seorang yang keras hati dan keras kepala, kini  berjaya dibawa menjadi seorang yang sangat soleh iaitu perubahan optimis yang begitu mendadak. Tindakan bapa Aidil menjodohkan Adam dengan Nur adalah sangat bijak walaupun beliau mengetahui bahawa Nur adalah pilihan hati Aidil. Hak ini adalah kerana, Ustat Hassan yakin bhw wanita yang dipilih Aidil merupakan pilihan terbaik yang mampu memandu Adam ke jalan yang benar. Wlwbagaimanapun, kita tahu,Adam berubah kerana pengajaran iaitu hikmah manis drpd Allah yg diperoleh drpd kekesalannya yang gemar meminum arak sehinggakan kerana arak yang memabukkan beliaulah, anaknya terbunuh. Aidil pula seorang abang , anak dan suami yang mempunya keikhlasan hati yg suci. Ibu Adam dan Aidil, Sarah, dan banyak lagi watak yang berjaya membawa mesej tersendiri.
Unsur romantis, lawak, sedih, geram, semuanya ada...! heheh.. Pada pendapat saya, drama ini lah merupakan satu-satunya drama Melayu yang paling hebat dan seronok pernah saya tonton berbanding dengan drama Melayu . Sebagai contoh, drama Sembilu yang mempunya episod yang begitu panjang, tetapi jalan ceritanya naik,turun,naik,turun., sehinggakan menjadikan saya sendiri berasa bosan nk terus meninggalkan sahaja drpada mengikutinya.. Arghh!! Sukenye cter nieh!! Best gler gler!! Adam romantis + handsome!!! Nur cantik glerr!! best!!!

Apa2pun, tahniah Nur Kasih kerana bukan sahaja berjaya menambat hati para penonton di Malaysia, bahkan juga di negara jiran kita juga. Tahniah Khabir Batia! Tahniah Mira Mustaffa ( isteri pengarah) yang juga merupakan sumber CERITA ASAL drama ini. =)


Cuma tulah, sedih jgk sbb Tiz Zaqyah tak macam Nur Amina. =( Sedih.. hmm.. Harap die dpt hidayah dan berubah jd lebih baik mcm Nur Amina ke? hehe.. Apa2pun, nama pun lakonan, realiti tdak sama dgn fantasi , kan? Saya tetap suka dgn cerita ni! Nur Kasih Best!! Best sangat!! best!!!





Tonton Skrg : SELASA - JUMAAT ,

                                 7.25 P.M , TV3 @ www.tv3.com.my/nurkasih 

Okay tak? Kalau okay, tekanlah button 'LIKE' yea :) Terima kasih sudi membaca ^_^

Sunday, November 29, 2009

Raya Haji ku :)


Assalammualaikum dn Salam AidilAdha! hahaha =)

Di sini saya nk kongsi mengenai cerita sambutan Hari Raya Haji saya. Kalau Hari Aidilfitri tahun ni kami beraya di IPOH bersama family belah ayah yang happenning, Raya Haji tahun ini, saya dan keluarga beraya di Shah Alam iaitu bersama keluarga belah mak dan atuk! saya panggil atuk saya ODANG. Kalau tak silap, ODANG merupakan bahasa orang Melaka :) . Kami bertolak dr Ipoh pd hari Khamis jam 7.40 pm (sedih tk smpat gk NUR KASIH!!) hehe~.Selepas 1 jam 55 minit,kami pun sampai di Kl dalam jam 9.35 . Ayah kalau bawak kereta mmg laju. Kalau g KL kdg2 1 jam lebih atau plg lama pun 2 jam lebih. Risau jugak, tp die slalu crite pengalaman masa muda2.. katanya lg hebat drpd ni la kononye... hmmh..ye lee..


Esok pagi, jam 9 lebih pagi , ktorang btolak ke Shah Alam rumah Mak Lang  tempat kami berkumpul =P . Skrg odang tinggal ngn Mak Lang :) Selepas makan2, lbh kurang jam 11 lebih, daripada 8 adik beradik mama, 30 orang cucu dn seorang cicit atuk, kami berhimpun di hadapan odang. Sedih sangat suasana ni. Sebabnya, atuk cakap nk buat announcement terakhir.. hmmh. Banyak ucapan dan nasihat yang sangat bernas diberikan kepada kami semua. Sayunya. Ucapan odang diikuti pula dengan ucapan anak2, menantu serta cucu2nya. Yang bestnye, lps tu ada announcement menarik! iaitu, Kak Sarah akan bertunang tak lama lagi! seronoknya!! Pastu mcm2la soalan diajukan kepada die.. aduii.. soalan nakal2 lak tu,.. aduii.. Riuh semula jadinya suasana waktu tu..Lawak gilee! 
Waktu tengahari, sape yg dah kenyang tu, dorang main snooker pun ada, tgkap gmba pun ada, smbang2 pun ada, dan banyak lagi lee..

Kemudian, jam 1, lepas makan tengahari, kami pun bertolak le pulang ke Hotel kami . Hmmh.. petang tu lak, kami keluar jalan2 sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Tak ada apa yang menarik sangat pun, sbb da kerap pegi..tak tau nk g mana lagi. Tapi, yang menarik mengenai KL ni tempat Shopping je la. Yang lain benda biasa, muzium?taman tema Sunway Lagoon? tmpat main2? huhu... biasa2 je.. Kami singgah di shopping MyDin jap.. Mama suka shopping ctu, brg2 murah gle.. pastu makan kt Station Kopitiam. Boleh tahan tau food dorang! =P .



Hmm.. pastu ingat bcadang nk g TIMES SQUARE ngn KLCC jap, tp malazz la.. Ktorang balik trus hotel smpai jam 6 lebih. ~ sebenarnye nk tgk NUR KASIH kul 7.25pm tu!~ hehe~

Pastu malam tgk Nur Kasih last =( sedih da hbis.. saya suka tgk Remy Ishak, Tiz Zaqyah , Fizz Fairuz! I love ADAM bin HASSAN ngn NUR AMINA!! Isyyh..ntah apa2..sy nangis sbb NUR KASIH dah hbis..huhuhh.. nk beli DVD die!!

Esokknye ktorang g JJ kt Bukit Tinggi, makan kt ctu.. jam 2 lbh kami betolak pulang dan sampai kul 5 lebih.. tk yah lah ltk gmba lelebih,.. malaz pulek..
Heheh..itu je Raya Haji punye citer.. Tak berapa merasa sangat, sbb tak da tgk KORBAN =((( .. Tak pe, tahun depan raya Ipoh lak , bru best !! hehe~ kt KL pun syok jgk =)

Orait..smpai cni dlu!  terima kasih daun keladi yea! Assalammualaikum =D


Okay tak? Kalau okay, tekanlah button 'LIKE' yea :) Terima kasih sudi membaca ^_^