Dunia ibarat NERAKA bagi orang mukmin tetapi SYURGA bagi orang kafir

Wednesday, December 7, 2011

Air Tangan Orang TIDAK SOLAT lebih HINA daripada air kencing anjing hitam


Pembaca2 yg dirahmati Allah., janganlah tinggalkan solat ya? Sesungguhnya, solat kita adalah tiang agama dan paling penting.. kunci untuk ke syurga. Malahan., soalan pertama yang akan ditanya kepada kita semasa kita di alam barzakh.,tidak lain tidak bukan,.SOLAT kita.!
Janganlah asyik sibuk2 membuat ibadat sunat lain kalau solat fardhu 5 waktu ini pun tidak lengkap. Malahan.,sekiranya 1 solat fardhu kita tinggalkan..maka sama saja seperti tak buat 5 waktu lansgung..dan..siksaannya..satu solat ditinggalkan = 60 000 tahun siksaan neraka!!! 

Buat peringatan untuk kita semua yang sentiasa ‘sibuk’ mencari alasan…
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah berdosa, malahan lebih hina dari khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga , dia tidak mempunyai zuriat, lalu terdetik dalam hatinya (nazar).

“Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”
Nak dijadikan cerita, Allah kurniakannya zuriat. Isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila sudah mendapat anak, lelaki ni pun runsinglah.. . Dia sudah bernazar dan terpaksa minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang diturunkan untuk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat, tapi kena dam (denda) atau sedekah.. Tapi, pada zaman Nabi Musa, sesiapa yang bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yang mendapat anak tu, dengan susah hatinya pergi bertemu dengan Nabi-Allah Musa.
Dia menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam, tapi minumlah air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi…

Lihat… betapa hinanya orang yang tidak solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina dari air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan ni, jangan tinggalkan solat. Kalau meninggalkan solat tanpa keuzuran, air tangan akan menitik ke dalam masakan dan orang yang memakannya akan gelap hati kesan dari kekotoran air tangan itu.
Jadi, kalau nak makan kat kedai tu, kenala pastikan tukang masak tu solat. Kalau makan makanan yang menggelapkan hati, tiadalah cahaya diwajahnya, tak berseri tanpa mekap & liat nak buat kerja-kerja yang baik. Jaga apa yang kita makan… betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj, sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpada Saidina Ali (untuk umat Islam) , “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum.” maknanya,”Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.” jadi, sama-samalah kita pelihara solat kita, dari segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan Kelak…
Wallahu’alam.

Nampak tak?? Solat itu sangat penting..bukan setakat penting..malahan..dipandang tinggi!! bukan tu je..malahan lebih dari tu!!
Solat ni mcm kita berkomunikasi dengan Allah.. Melalui Solatlah kita memberi sepenuh kesyukuran kepada Allah atas segala nikmatnya., melalui solat jugalah,, kita menghulurkan doa., Dan..dalam solat jugaklah..kita MENYERAHKAN DIRI KITA SEPENUHNYA KEPADA PENCIPTA KITA..& SOLAT adalah senaman terbaik~!! banyak kelebihannya tau..,



Bukan lama pun nk perform.. 5-10 minit je pun! alahhaaii!! apela sangat!! bukan susaaaah!!!
Dahlah senang.,... Kunci ke syurga pulak tuh! MasyaAllah..Allah tu maha penyaaayaaaang sangat dengan hambaNya.. Senang je... Cuba baca entry bawah ni..apa kelebihan2 solat.. MasyaAllah..senang je Allah nak bagi kita ganjaran...tapi.. tula...dugaan mmg banyak..tapi dengan dugaan tu la iman kita bertambah kuat kalau kita teguh!!! 
Tak malu kah dengan Allah ..pemberi segala nikmat kepada kita.? susah sangat ke nak hadiahkan 5-10 minit tu untuk ALLAH ?? susah sangat ke ?? Fikir2kan lah..

JANGAN SIA-SIA KAN HIDUP KITA. HIDUP HANYA SEKALI..SEKALI JE KAWAN2.. BILA DAH PERGI.. SEMUANYA TAKKAN KEMBALI LAGI KECUALI TIGA PERKARA...
1)SEDEKAH & AMAL JARIAH (2) ILMU YANG BERMANFAAT (3) DOA ANAK2 YG SOLEH.



HIDUP CUMA SEKALI..HIDUP DI BUMI NI MCM JAMBATAN JE.. PINJAMAN JE SEMUANYA..ALLAH YANG PUNYA.. 

Okay tak? Kalau okay, tekanlah button 'LIKE' yea :) Terima kasih sudi membaca ^_^

2 comments:

  1. fuhh . terasa sedikit sebab sembahyang still x cukup :(

    ReplyDelete
  2. Alahai..,tak semua manusia sempurna..tapi..apa2pun..solat 5 waktu wajib sgt2 dipenuhi.,

    ReplyDelete