Dunia ibarat NERAKA bagi orang mukmin tetapi SYURGA bagi orang kafir

Jum tengok2 ^_^

Monday, November 30, 2009

JELAJAH DUNIA NUR KASIH, APA YANG SANGGUP DIKORBANKAN DEMI CINTA?




Salam =) , haha.. sekadar luahan mengenai drama nur kasih, tak tau nk tulis ape.. boring nie.. hehe~
Hmm.. Di sini saje saya nk , mencoretkan sedikit mengenai drama Nur Kasih yang sememangnya menjadi kegilaaan ramai penonton bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di Singapura mahupun Brunei. Saya ada terbaca bahawa penonton yang menonton Nur Kasih telahpun mencecah kepada 28 juta penonton. Amboih! bukan main hebat lagi. Saya juga merupakan antaranya. Saya tak nafikan, saya akui bahawa saya tidak meminati drama Melayu kerana menganggap drama Melayu merupakan drama yang sangat membosankan dan sangat biasa2 saja. Oleh kerana tanggapan sebegini, saya tidak pun mengikuti drama Nur Kasih daripada episod pertamanya sehiggalah ke episod berapa, barulah saya mula menontonnya. Itu pun secara tidak sengaja kerana saya sangat hairan , bahawa kebanyakan rakan2 saya asyik menyebut mengenai drama ini, begitu juga dengan adik2 saya. Oleh itu saya mencuba untuk menonton dari jam 9 ke jam 10. Amboih.. saya jd jatuh cinta dengan drama ini, sungguh menarik. Semenjak itu, saya lah yang akan menguasai medan telivisyen pada hr Jumaat jam 9pm-10 pm dan kini selasa-jumaat . Kalah adik2 saya! sehinggakan selalu diusik oleh ayah! haha! aduhhai.. NUR KASIH, NUR KASIH .

Persoalannya di sini, bagaimana drama NUR KASIH boleh menjadi kegilaan ramai penonton? Dan mengapa tidak drama melayu lain? Pada pendapat saya, drama ini begitu kaya dan sarat dengan mesej yang begitu bernas. Drama ini menunjukkan kehidupan sebenar masyarakan melayu dan Islam itu sendiri. Suasana persekitaran kehidupan yang kaya dengan unsur semula jadi benar2 berjaya memikat hati 28 juta penonton keseluruhannya. Hal ini ditambah pula dengan barisan pelakon yang tidak dapat dinafikan masih baru dan tidaklah begitu dikenali tetapi berjaya membawa watak yang diamanahkan dengan begitu cemerlang sekali sememangnya berjaya menawan hati para penonton. Lakonan mereka begitu bersahaja dan meninggalkan kesan yang begitu mendalam.

Sebagai contoh, Nur Amina merupakan watak yang sangat solehah bukan sahaja sebagai seorang anak, bahkan juga sebagai seorang isteri. Beliau rela dimadukan dengan hati yang ikhlas demi kasihnya terhadap Islam. Kesabaran dan kesetiaan beliau menguatkan lagi cinta Adam. Watak Adam yang dahulunya merupakan seorang yang keras hati dan keras kepala, kini  berjaya dibawa menjadi seorang yang sangat soleh iaitu perubahan optimis yang begitu mendadak. Tindakan bapa Aidil menjodohkan Adam dengan Nur adalah sangat bijak walaupun beliau mengetahui bahawa Nur adalah pilihan hati Aidil. Hak ini adalah kerana, Ustat Hassan yakin bhw wanita yang dipilih Aidil merupakan pilihan terbaik yang mampu memandu Adam ke jalan yang benar. Wlwbagaimanapun, kita tahu,Adam berubah kerana pengajaran iaitu hikmah manis drpd Allah yg diperoleh drpd kekesalannya yang gemar meminum arak sehinggakan kerana arak yang memabukkan beliaulah, anaknya terbunuh. Aidil pula seorang abang , anak dan suami yang mempunya keikhlasan hati yg suci. Ibu Adam dan Aidil, Sarah, dan banyak lagi watak yang berjaya membawa mesej tersendiri.
Unsur romantis, lawak, sedih, geram, semuanya ada...! heheh.. Pada pendapat saya, drama ini lah merupakan satu-satunya drama Melayu yang paling hebat dan seronok pernah saya tonton berbanding dengan drama Melayu . Sebagai contoh, drama Sembilu yang mempunya episod yang begitu panjang, tetapi jalan ceritanya naik,turun,naik,turun., sehinggakan menjadikan saya sendiri berasa bosan nk terus meninggalkan sahaja drpada mengikutinya.. Arghh!! Sukenye cter nieh!! Best gler gler!! Adam romantis + handsome!!! Nur cantik glerr!! best!!!

Apa2pun, tahniah Nur Kasih kerana bukan sahaja berjaya menambat hati para penonton di Malaysia, bahkan juga di negara jiran kita juga. Tahniah Khabir Batia! Tahniah Mira Mustaffa ( isteri pengarah) yang juga merupakan sumber CERITA ASAL drama ini. =)


Cuma tulah, sedih jgk sbb Tiz Zaqyah tak macam Nur Amina. =( Sedih.. hmm.. Harap die dpt hidayah dan berubah jd lebih baik mcm Nur Amina ke? hehe.. Apa2pun, nama pun lakonan, realiti tdak sama dgn fantasi , kan? Saya tetap suka dgn cerita ni! Nur Kasih Best!! Best sangat!! best!!!





Tonton Skrg : SELASA - JUMAAT ,

                                 7.25 P.M , TV3 @ www.tv3.com.my/nurkasih 

Okay tak? Kalau okay, tekanlah button 'LIKE' yea :) Terima kasih sudi membaca ^_^

3 comments:

  1. tumpang berceloteh tuan umah...

    betoi2!!!! saya sndrik pun tak pernah tengok citer nur kasih before this sebab keje... dapat peluang tengok pn masa ulang tayang time maghrib tu... BAPAKKK!!! LAYAN HABISSSS...

    tapi yg tak best nye, ending dia mcm tak logik... ada ke time Adam dah lepas dari tawanan, takde sebarang berita dari orang ramai tentang pembebesan dia...


    tu jeeee slack dia, so mood ending episode dia tak berapa goncang hati daku ini...

    ReplyDelete
  2. hehe, tulah, ending die x berapa syok sangat la :( . Tak de UMMPHH! sangat .. huhu..
    papepun, jln cerita nie tetap best !
    =D
    terima kasih tau saudara =)

    ReplyDelete
  3. cerita nur kasih memang best.

    ReplyDelete