Dunia ibarat NERAKA bagi orang mukmin tetapi SYURGA bagi orang kafir

Jum tengok2 ^_^

Friday, December 18, 2009

KhaMisKu yang GUMBIRA =D

!NYAMAN HATI DAN MINDAKU!


Waktu petang habis tusyen kul 4.20 petang . Sampai rumah, tengok Tv9..huhu..tetiba kilat memancar sana sini.. TV pun terpaksa ditutup ! dalam kul 5.30 aku solat asar jp  =)Lps selesai, tengah syok2 msg ngn kazen n a fren, mak cik yuli datang kt tingkap ku.. sembang2 jap .N then ntah kenapa..aku ajak dia jalan2 g taman nk tengok adik2 ku main la kononnya.

Sambil bawak phone, aku pun jln2 mengirup udara yang sangat nyaman+segar+sejuk! huhh! alhamdulillah! nikmat hujan kan... =) . Sampai sana jea, mulanya ingatkan nk tengok dr luar pagar jea.. Tapi keseoronokan kanak2 mengimbau kembali pengalaman ku semasa kecil2 yang gemar sekali bergumbira bersama teman sepermainan.. Hmm, rindunya :-) . Perkara itu menyebabkan aku tertarik untuk menyertai dorang . N then, ada ke patut diorang ajak sy yg TUE ni main kejar2 ngn diorang.. Haha! malu jugak, tp main jugak walaupun tak sampai 5 minit main, saya berhenti, sbb MALU LAA! haha! Pekerja kilang Carsem yg da hbis kerja tengok jea saya..huhh!

Dalam kul 6.40 , saya dan mak cik yuli mengajak mereka pulang.. Tapi dorang degil!! ugut saya supaya main lg bru la dorang akan balik.. Saya tunggula smpai 6.50 sbb nk maghrib dah! dorang still tak mau balik. Bila saya pura2 jawab panggilan daripada mama, brula dorang ikut jgk.Alhamdulillah. Waktu tu mak cik yuli dah balik dah. Dia tak mau tunggu lama2 la katakan. Dorang pun amik basikal dan beransur pulang...tp..SAYA DITINGGALKAN sendiri sbb TERPAKSA JALAN KAKI. Heeihh! geram! geram!! dalam perjalanan aku asyik merungut sendirian!

!DIA DAH SIHAT!

Yes! da nk sampai... Tgk2 , eh! Mak cik Yuli ada kat rumah Mak Cik Lela.. Dia panggil aku! alammakk, segannya!! Mak cik Lela dan Ibu Yuni tersenyum ceria.. Amboi Mak Cik Lela, gembira dan ceria bukan main! Syukurlah! Kemudian,  Mak Cik Lela panggil anak dia... Dia berjalan perlahan2 keluar..Kasihan sgt nampak...Eh, btul ke? haha! e'eh.,org tu da balik laa .. alhamdulillah, dah sihat nampaknya, syukurlah,  walaupun nampak begitu berlainann dengan dirinya yang sebenar drpd dulu. Dia nampak terlalu kurruus.. Kasihan.. Aku benar2 simpati melihat keadaan itu.Kalau tak silap, sepatutnya die dah habis dah SPM, tp disebabkan oleh ada PENUNGGANG MOTO YG X BETANGGUNGJAWAB yang melanggar LARI die, telah menyebabkan tpaksa terlantar di hospital selama 2 bulan lebih. Hmm, sabar yeh..setiap dugaan dan cabaran , ada 1001 kemanisan yang amat cantik =).

EMAS MILIK KITA ( 1MALAYSIA)
SEA GAMES 25! 

Lepas bersembang2 selama hampir 15 minit, kami beransur pulang, sampai rumah, lepas mandi dan bersolat, aku keluar ke ruang tamu nk tgk NUR KASIH, tp kat depan,,. satu family conquer tv! huhhh! dorang tgk BOLA! aku pergi bilik mak aku, pasang tv3, huhh! hampeh..bola jugak! boring2!

Tp tengok my mom yang tk penah tgk bola, melompat2 kat depan tv, aku pun JOIN jelaa., eh eh, best pulak!    Alhamdulillah!! goal! Malaysia 1-0!! aku doa dan doa dan berdoa agar Malaysia memperoleh kemenangan! Alhamdulillah, setelah 20 tahun, akhirnya EMAS milik KITA JUA , =D

SALAM MAAL HIJRAH n HAPPY BDAY!

Alrite, saya tau, msti tak de sapa yang akan baca benda boring niey.. hehe~~ Sbnarnya tgh tunggu Maghrib niey! tak tau nk wat pe gile nie...boring lahh... oh yea..HAPPY BDAY TO * TSUNAYOSHI SAWADA* Semoga panjang umur dan murah rezeki yea =D Saya suka kawan ngn awk, sbb awak baik sangat =)  JANGAN susah hati =((, Happy selalu tau ^o^ . mcm nie XD~!! .hehe!
                                                                      ...DAN....
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH!! Semoga tahun baru kita ini lebih banyak kejayaan positif yang gemilang baik dari segi ZAHIR mahupun BATIN . Wassalam =)

Okay tak? Kalau okay, tekanlah button 'LIKE' yea :) Terima kasih sudi membaca ^_^

No comments:

Post a Comment